Tuesday, August 4, 2009

Anemia

Hari ini hendak berkongsi mengenai penyakit ANEMIA yang mana termasuk salah satu daripada 40 penyakit kritikal yang dilindungi di dalam produk-produk Takaful Ikhlas. Sebagai contoh, nauzubillah andai kata anda menyimpan bersama TAKAFUL IKHLAS selepas 3 bulan, anda disahkan mengidap penyakit ANEMIA APLASTIK, adakah anda mempunyai RM40,000 - RM50,000 atau pun lebih, duit simpanan sebelum ini untuk merawat penyakit ini??? JANGAN KATA anda kakitangan kerajaan atau pun syarikat GLC, anda telah dilindungi selama-lamanya.. Sebabnya bolehkah mereka memberi sejumlah wang tersebut sekaligus untuk rawatan ANDA? ATAU pun syarikat anda itu berapa lama hendak menyimpan/menanggung anda yang sudah tidak produktif. Akhirnya anda akan diberhentikan!!!

Anemia
Anemia ialah kekurangan keupayaan sel darah merah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu badan. Ia mungkin disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah, pengurangan komponen-komponen tertentu dalam sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen (hemoglobin) atau kekurangan isipadu sel darah merah.

Anemia disebabkan kekurangan vitamin B12K
- Pengurangan bilangan sel darah merah disebabkan kekurangan vitamin.
- Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf dan sel darah yang normal, penghasilan sel darah putih dan platelet.

Gejala
- Hilang selera makan.
- Cirit-birit.
- Kaki dan tangan terasa kebas dan berdenyut-denyut.
- Pucat.
- Sesak nafas.
- Keletihan yang teruk.
- Lemah badan.
- Mulut dan lidah terasa sakit.

Faktor Risiko & Pencegahan
- Kekurangan vitamin B12 untuk tempoh yang lama.
- Boleh dielakkan melalui pemakanan yang seimbang.
- Penggunaan suntikan vitamin B12 selepas pembedahan.

Penjagaan sendiri
- Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, susu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.
- Makanlah makanan yang kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.
- Makan makanan yang kaya asid folik seperti bijirin gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.
- Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sayuran mentah dan segar. Vitamin C membantu penyerapan zat besi supaya lebih berkesan.
- Hadkan penggunaan teh kerana ia mengandungi tanin yang boleh merencat penyerapan ferum.Namun meminum teh herba adalah digalakkan.
-Berehat dan tidur secukupnya.

Rawatan
- Melalui suntikan vitamin B12.
- Mengambil vitamin B12 secara oral digabungkan dengan pemakanan yang lebih seimbang.
Anemia disebabkan penyakit kronik
- Anemia terjadi akibat penyakit atau jangkitan kuman yang terlalu lama.
- Penyakit menyebabkan beberapa perubahan berlaku dalam sistem pembentukan darah (haematopoiesis) seperti memendekkan jangka hayat sel darah merah, menurunkan jumlah ferum yang terdapat dalam bahagian cecair darah dan mengurangkan aktiviti sumsum tulang.

Gejala
- Kehadiran penyakit kronik atau jangkitan kuman.
- Pucat.
- Keletihan yang teruk.
- Keletihan.
- Sakit kepala.
- Tidak bermaya.
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
- Pening kepala.

Faktor Risiko
- Endokarditis bakterial.
- Osteomielitis.
- Reumatoid Juvena.
- Artritis.
- Demam reumatik.
- Penyakit Krohns.
- Ulseratif kolitis.

Pencegahan
- Rawatan terhadap penyakit yang menjadi puncanya dapat mencegah atau memulihkan anemia yang terjadi.

Penjagaan sendiri
- Makan makanan yang seimbang setiap hari bersama-sama makanan yang kaya ferum, asid folik dan vitamin C.
- Jangan merokok dan meminum alkohol.
- Bersenam setiap hari.
- Menjaga kesihatan diri.

No comments:

Post a Comment